Platform Pemantauan Tata Etika
Aktiviti pemasaran produk gantian susu ibu dan peralatan penyusuan yang tidak beretika boleh menjejaskan amalan penyusuan susu ibu yang memberikan pelbagai manfaat kepada bayi, ibu, keluarga, masyarakat dan ekonomi termasuk perlindungan imuniti bayi, pengurangan risiko penyakit serta pengukuhan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
FUNGSI UTAMA
Platform pemantauan Tata Etika ini mempunyai tiga fungsi utama
Mengesan pelanggaran secara automatik di platform digital
Menerima aduan pelanggaran daripada orang awam
Menyediakan sistem pelaporan pemantauan oleh Pasukan Pengawas